Tuesday, December 9, 2008

Rosul : "Maukah engkau berjanji untuk meninggalkan Bohong?"

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan
pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah
S.A.W. karena hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua
kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan susah
hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Maukah engkau
berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan perkataan bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulang ke
rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat
terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri,
berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama
Islam, dia berupaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab
itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di
dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah
itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus
mengejek."Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya
oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil.
Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan
Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati
janjiku padanya. Sebaliknya jika aku berkata benar bererti aku akan
menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di
dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat
berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berhasil di
dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi,
sejak dari hari itu dimulailah lembaran baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah
dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh
Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin
yang soleh dan mulia.
My personal webhttp://pujakesula.blogspot.com  or  http://endyenblogs.multiply.com/journal 

Taubat Ikrimah bin Abu Jahal

Abu Ishaw As-Ayabi'i meriwayatkan, ketika Rasulullah SAW berhasil menaklukkan kota Makkah, maka Ikrimah berkata: Aku tidak akan tinggal di tempat ini!" Setelah berkata demikian, dia pun pergi berlayar dan memerintahkan supaya isterinya membantunya. Akan tetapi isterinya berkata: "Hendak kemana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?" Apakah kamu akan pergi kesuatu tempat yang tidak kamu ketahui?"
Ikrimah pun melangkahkan kakinya tanpa sedikitpun memperhatikan perkataan isterinya.

Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat lainnya telah berhasil menaklukkan kota Makkah, maka kepada Rasulullah isteri Ikrimah berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana ia takut kalau-kalau kamu akan membunuhnya. Justeru itu aku memohon kepadamu supaya engkau berkenan menjamin keselamatannya."

Rasulullah SAW menjawab: "Dia akan berada dalam keadaan aman!" Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon diri dan pergi untuk mencari suaminya. Akhirnya dia berhasil menemukannya di tepi pantai yang berada di Tihamah. Ketika Ikrimah menaiki kapal, maka orang yang mengemudikan kapal tersebut berkata kepadanya: "Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah saja!"

Ikrimah bertanya: "Apakah yang harus aku ikhlaskan?"

"Ikhlaskanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa Muhammad adalah utusan Allah!" Kata pengemudi kapal itu.

Ikrimah menjawab: "Tidak, jesteru aku melarikan diri adalah kerana ucapan itu."

Selepas itu datanglah isterinya dan berkata: "Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu kepada Rasulullah SAW."

Kepada isterinya Ikrimah bertanya: "Benarkah apa yang telah engkau lakukan itu?"

Isterinya menjawab: "Benar, aku telah berbicara dengan baginda dan baginda pun akan memberikan jaminan keselamatan atas dirimu."

Begitu saja mendengar berita gembira dari isterinya itu, pada malam harinya Ikrimah bermaksud untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, akan tetapi isterinya menolaknya sambil berkata: "Engkau orang kafir, sedangkan aku orang Muslim."

Kepada isterinya Ikrimah berkata: "Penolakan kamu itu adalah merupakan suatu masalah besar bagi diriku."

Tidak lama selepas Ikrimah bertemu dengan isterinya itu, mereka pun pulang kembali, setelah mendengar berita bahawa Ikrimah sudah pulang, maka Rasulullah SAW segera ingin menemuinya. Kerana rasa kegembiraan yang tidak terkira, sehingga membuatkan Rasulullah SAW terlupa memakai serbannya.

Setelah bertemu dengan Ikrimah, baginda pun duduk. Ketika itu Ikrimah berserta dengan isterinya berada di hadapan Rasulullah SAW Ikrimah lalu berkata: "Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah."

Mendengar ucapan Ikrimah itu, Rasulullah SAW sangat merasa gembira, selanjutnya Ikrimah kembali berkata: "Wahai Rasulullah, ajarkanlah sesuatu yang baik yang harus aku ucapkan."

Rasulullah SAW menjawab: "Ucapkanlah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Ikrimah kembali bertanya: "Selepas itu apa lagi?" Rasulullah menjawab: "Ucapkanlah sekali lagi, aku bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya." Ikrimah pun mengucapkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW selepas itu baginda bersabda: "Jika sekiranya pada hari ini kamu meminta kepadaku sesuatu sebagaimana yang telah aku berikan kepada orang lain, nescaya aku akan mengabulkannya."

Ikrimah berkata: "Aku memohon kepadamu ya Rasulullah, supaya engkau berkenan memohonkan ampunan untukku kepada Allah atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap perjalanan yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap yang aku gunakan untuk melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu."

Maka Rasulullah SAW pun berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak."

Mendengar doa yang dipohon oleh Rasulullah SAW itu, alangkah senangnya hati Ikrimah, maka ketika itu juga ia berkata: "Ya Rasulullah! Aku bersumpah demi Allah, aku tidak akan membiarkan satu dinar pun biaya yang pernah aku gunakan untuk melawan agama Allah, melainkan akan aku ganti berlipat ganda demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk melawan agama Allah, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat ganda demi membela agama-Nya, aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir."

Demikianlah keadaan Ikrimah, setelah ia memeluk Islam, ia sentiasa ikut dalam peperangan hingga akhirnya ia terbunuh sebagai syahid. Semoga Allah berkenan melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada Ikrimah.

Dalam riwayat yang lain pula diceritakan, bahawa ketika terjadinya Perang Yarmuk, Ikrimah juga ikut serta berperang sebagai pasukan perang yang berjalan kaki, pada waktu itu Khalid bin Walid mengatakan: "Jangan kamu lakukan hal itu, kerana bahaya yang akan menimpamu adalah lebih besar!"

Ikrimah menjawab: "Kerana kamu wahai Khalid telah terlebih dahulu ikut berperang bersama Rasalullah SAW, maka biarlah hal ini aku lakukan!"

Ikrimah tetap meneruskan niatnya itu, hingga akhirnya ia gugur di medan perang. Pada waktu Ikrimah gugur, ternyata di tubuhnya terdapat lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak panah. Abdullah bin Mas'ud pula berkata: Di antara orang-orang yang termasuk dalam barisan Perang Yarmuk adalah Haris bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amar. Di saat-saat kematian mereka, ada seorang sahabat yang memberinya air minum, akan tetapi mereka menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang dari mereka yang bertiga orang itu, maka masing-masing mereka berkata: "Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku." Demikianlah keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.

Dalam riwayat yang lain pula ditambahkan: "Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata: "Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku." Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya. Akhirnya Suhail berkata: "Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku." Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorangpun di antara mereka yang dapat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada mereka bertiga. Amin."
 
My personal webhttp://pujakesula.blogspot.com  or  http://endyenblogs.multiply.com/journal 

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: "Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu."

Wanita pelacur itu berkata: "Silakan masuk ke rumahku."

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: "Marilah segera mendekatiku."

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: "Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!"

Wanita pelacur itu kembali bertanya: "Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?"

Lelaki ahli ibadah itu berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: "Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu."

Lelaki ahli ibadah itu berkata: "Biarlah aku keluar!"

Wanita pelacur itu menjawab: "Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku."

"Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!" kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: "Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?"

Lelaki itu menjawab: "Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah."

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: "Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu."

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? "Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?"

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: "Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan."

"Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini," kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.
 
My personal webhttp://pujakesula.blogspot.com  or  http://endyenblogs.multiply.com/journal 

Hamba Badwi Dengan Rasulullah s.a.w

Hamba Badwi Dengan Rasulullah s.a.w

 

Pada suatu masa, ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!".  Rasulullah s.a.w meniru zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!".  Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim! Ya Karim!"  Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim! Ya Karim!".

 

Orang itu merasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan di lihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.  Orang itu berkata "Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekkanku, kerana aku ini orang badwi?.Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan ku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah".

 

Mendengan kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?". 

"Belum" jawab orang itu.

 

"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya" jawab orang Arab badwi itu.

Rasulullah s.a.w pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat"

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, "Tuan ini Nabi Muhammad"

"Ya" jawab Nabi s.a.w.

 

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua-dua kaki Rasulullah s.a.w.  Melihat hal itu Rasulullah s.a.w menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata "Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu.  Perbuatan seperti itu biasanya di lakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya.  Ketahuilah, Allah mengutuskanku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang minta di hormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya".

 

Ketika itulah turun Malaikat Jibril a.s untuk membawa berita dari langit, dia berkata "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar".

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.  Orang Arab itu pula berkata "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya".  Orang Arab badwi berkata lagi "Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maqhfirahNya, Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya.  Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanNya".

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.  Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

 

"Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Berhentilah engkau dari menangis, sesungguhnya kerana tangismu , penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergongcang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menperhitungkan kemaksiatannya.  Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti"

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengan berita tersebut.  Ia menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.


 
My personal webhttp://pujakesula.blogspot.com  or  http://endyenblogs.multiply.com/journal 

Wednesday, December 3, 2008

Kisah Nabi Musa dengan seorang penzina.

Kisah Nabi Musa dengan seorang penzina.

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan
terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia
berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat
hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di
tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya
yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak
hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi
Musa a.s. Diketuknya pintu pelan- pelan sambil mengucapkan uluk
salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus
merunduk. Air matanya berderai tatkala ia Berkata, "Wahai Nabi
Allah.
Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji
saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan
ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina.



"Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu
meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu
lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita
itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia
mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah
tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak
Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu,
hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk
keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia
tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau
dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah
menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?
Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi
Nabi Musa.

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang
wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa
yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah
yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka
Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada
Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang
nista itu?"

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian
penasaran."Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa
menyesal.
Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi
untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk
untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi
Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan
tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa
sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia
seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah
menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-
Nya.

Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-
sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah
itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti
mau menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH
Abdurrahman Arroisy)

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat
lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-
Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam
Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang
meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya,
maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub
adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari,
sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di
dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi,
mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk
melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah. Tolong sebarkan
kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta,
astaghfiruka wa atuubuilaiik.

dari dakwah.net
 
My personal webhttp://pujakesula.blogspot.com  or  http://endyenblogs.multiply.com/journal 


Kisah Cinta Zahid kpd Afirah

KOTA KUFAH terang oleh sinar purnama. Semilir angin yang bertiup
dari utara membawa hawa sejuk. Sebagian rumah telah menutup pintu
dan jendelanya. Namun geliat hidup kota Kufah masih terasa. Di
serambi masjid Kufah, seorang pemuda berdiri tegap menghadap kiblat.
Kedua matanya memandang teguh ke tempat sujud. Bibirnya bergetar
melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Hati dan seluruh gelegak jiwanya
menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Orang-orang
memanggilnya "Zahid" atau "Si Ahli Zuhud", karena kezuhudannya
meskipun ia masih muda.
Dia dikenal masyarakat sebagai pemuda yang paling tampan dan paling
mencintai masjid di kota Kufah pada masanya. Sebagian besar waktunya
ia habiskan di dalam masjid, untuk ibadah dan menuntut ilmu pada
ulama terkemuka kota Kufah. Saat itu masjid adalah pusat peradaban,
pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat perhatian.
Pemuda itu terus larut dalam samudera ayat Ilahi. Setiap kali sampai
pada ayat-ayat azab, tubuh pemuda itu bergetar hebat. Air matanya
mengalir deras. Neraka bagaikan menyala-nyala dihadapannya. Namun
jika ia sampai pada ayat-ayat nikmat dan surga, embun sejuk dari langit
terasa bagai mengguyur sekujur tubuhnya. Ia merasakan kesejukan dan
kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci.
Tatkala sampai pada surat Asy Syams, ia menangis,
"fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha.
qad aflaha man zakkaaha.
wa qad khaaba man dassaaha
…"
(maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan
ketaqwaan,sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya…)
Hatinya bertanya-tanya. Apakah dia termasuk golongan yang
mensucikan jiwanya. Ataukah golongan yang mengotori jiwanya? Dia
termasuk golongan yang beruntung, ataukah yang merugi? Ayat itu ia
ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya berguncang.
Akhirnya ia pingsan.
***
Sementara itu, di pinggir kota tampak sebuah rumah mewah bagai
istana. Lampu-lampu yang menyala dari kejauhan tampak berkerlapkerlip
bagai bintang gemintang. Rumah itu milik seorang saudagar kaya
yang memiliki kebun kurma yang luas dan hewan ternak yang tak
terhitung jumlahnya. Dalam salah satu kamarnya, tampak seorang gadis
jelita sedang menari-nari riang gembira. Wajahnya yang putih susu
tampak kemerahan terkena sinar yang terpancar bagai tiga lentera yang
menerangi ruangan itu. Kecantikannya sungguh memesona. Gadis itu
terus menari sambil mendendangkan syair-syair cinta,
"in kuntu 'asyiqatul lail fa ka'si
musyriqun bi dhau'
wal hubb al wariq
…"
(jika aku pencinta malam maka
gelasku memancarkan cahaya
dan cinta yang mekar…)
***
Gadis itu terus menari-nari dengan riangnya. Hatinya berbunga-bunga.
Di ruangan tengah, kedua orangtuanya menyungging senyum mendengar
syair yang didendangkan putrinya. Sang ibu berkata,
"Abu Afirah, putri kita sudah menginjak dewasa. Kau dengarkanlah
baik-baik syair-syair yang ia dendangkan."
"Ya, itu syair-syair cinta. Memang sudah saatnya dia menikah. Kebetulan
tadi siang di pasar aku berjumpa dengan Abu Yasir. Dia melamar Afirah
untuk putranya, Yasir."
"Bagaimana, kau terima atau…?"
"Ya jelas langsung aku terima. Dia 'kan masih kerabat sendiri dan kita
banyak berhutang budi padanya. Dialah yang dulu menolong kita waktu
kesusahan. Di samping itu Yasir itu gagah dan tampan."
"Tapi bukankah lebih baik kalau minta pendapat Afirah dulu?"
"Tak perlu! Kita tidak ada pilihan kecuali menerima pinangan ayah
Yasir. Pemuda yang paling cocok untuk Afirah adalah Yasir."
"Tapi, engkau tentu tahu bahwa Yasir itu pemuda yang tidak baik."
"Ah, itu gampang. Nanti jika sudah beristri Afirah, dia pasti juga akan
tobat! Yang penting dia kaya raya."
***
Pada saat yang sama, di sebuah tenda mewah, tak jauh dari pasar Kufah.
Seorang pemuda tampan dikelilingi oleh teman-temannya. Tak jauh
darinya seorang penari melenggak lenggokan tubuhnya diiringi suara
gendang dan seruling.
"Ayo bangun, Yasir. Penari itu mengerlingkan matanya padamu!" bisik
temannya.
"Be…benarkah?"
"Benar. Ayo cepatlah. Dia penari tercantik kota ini. Jangan kau sia-siakan
kesempatan ini,Yasir!"
"Baiklah. Bersenang-senang dengannya memang impianku."
Yasir lalu bangkit dari duduknya dan beranjak menghampiri sang penari.
Sang penari mengulurkan tangan kanannya dan Yasir menyambutnya.
Keduanya lalu menari-nari diiringi irama seruling dan gendang.
Keduanya benar-benar hanyut dalam kelenaan. Dengan gerakan mesra
penari itu membisikkan sesuatu ketelinga Yasir,
"Apakah Anda punya waktu malam ini bersamaku?"
Yasir tersenyum dan menganggukan kepalanya. Keduanya terus menari
dan menari. Suara gendang memecah hati. Irama seruling melengkinglengking.
Aroma arak menyengat nurani. Hati dan pikiran jadi mati.
***
Keesokan harinya. Usai shalat dhuha, Zahid meninggalkan masjid
menuju ke pinggir kota. Ia hendak menjenguk saudaranya yang sakit. Ia
berjalan dengan hati terus berzikir membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ia
sempatkan ke pasar sebentar untuk membeli anggur dan apel buat
saudaranya yang sakit.
Zahid berjalan melewati kebun kurma yang luas. Saudaranya pernah
bercerita bahwa kebun itu milik saudagar kaya, Abu Afirah. Ia terus
melangkah menapaki jalan yang membelah kebun kurma itu. Tiba-tiba
dari kejauhan ia melihat titik hitam. Ia terus berjalan dan titik hitam itu
semakin membesar dan mendekat. Matanya lalu menangkap di kejauhan
sana perlahan bayangan itu menjadi seorang sedang menunggang kuda.
Lalu sayup-sayup telinganya menangkap suara,
"Toloong! Toloong!!"
Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang ada jauh di depannya.
Ia menghentikan langkahnya. Penunggang kuda itu semakin jelas.
"Toloong! Toloong!!"
Suara itu semakin jelas terdengar. Suara seorang perempuan. Dan
matanya dengan jelas bisa menangkap penunggang kuda itu adalah
seorang perempuan. Kuda itu berlari kencang.
"Toloong! Toloong hentikan kudaku ini! Ia tidak bisa dikendalikan!"
Mendengar itu Zahid tegang. Apa yang harus ia perbuat. Sementara
kuda itu semakin dekat dan tinggal beberapa belas meter di depannya.
Cepat-cepat ia menenangkan diri dan membaca shalawat. Ia berdiri
tegap di tengah jalan. Tatkala kuda itu sudah sangat dekat ia mengangkat
tangan kanannya dan berkata keras,
"Hai kuda makhluk Allah, berhentilah dengan izin Allah!"
Bagai pasukan mendengar perintah panglimanya, kuda itu meringkik
dan berhenti seketika. Perempuan yang ada dipunggungnya terpelanting
jatuh. Perempuan itu mengaduh. Zahid mendekati perempuan itu dan
menyapanya,
"Assalamu'alaiki. Kau tidak apa-apa?"
Perempuan itu mengaduh. Mukanya tertutup cadar hitam. Dua matanya
yang bening menatap Zahid. Dengan sedikit merintih ia menjawab
pelan,
"Alhamdulillah, tidak apa-apa. Hanya saja tangan kananku sakit sekali.
Mungkin terkilir saat jatuh."
"Syukurlah kalau begitu."
Dua mata bening di balik cadar itu terus memandangi wajah tampan
Zahid. Menyadari hal itu Zahid menundukkan pandangannya ke tanah.
Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa sepengetahuan Zahid, ia
membuka cadarnya. Dan tampaklah wajah cantik nan memesona,
"Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama Tuan,
dari mana dan mau ke mana Tuan?"
Zahid mengangkat mukanya. Tak ayal matanya menatap wajah putih
bersih memesona. Hatinya bergetar hebat. Syaraf dan ototnya terasa
dingin semua. Inilah untuk pertama kalinya ia menatap wajah gadis
jelita dari jarak yang sangat dekat. Sesaat lamanya keduanya beradu
pandang. Sang gadis terpesona oleh ketampanan Zahid, sementara
gemuruh hati Zahid tak kalah hebatnya. Gadis itu tersenyum dengan
pipi merah merona, Zahid tersadar, ia cepat-cepat menundukkan
kepalanya. "Innalillah. Astagfirullah," gemuruh hatinya.
"Namaku Zahid, aku dari masjid mau mengunjungi saudaraku yang
sakit."
"Jadi, kaukah Zahid yang sering dibicarakan orang itu? Yang hidupnya
cuma di dalam masjid?"
"Tak tahulah. Itu mungkin Zahid yang lain." kata Zahid sambil
membalikkan badan. Ia lalu melangkah.
"Tunggu dulu Tuan Zahid! Kenapa tergesa-gesa? Kau mau kemana?
Perbincangan kita belum selesai!"
"Aku mau melanjutkan perjalananku!"
Tiba-tiba gadis itu berlari dan berdiri di hadapan Zahid. Terang saja
Zahid gelagapan. Hatinya bergetar hebat menatap aura kecantikan gadis
yang ada di depannya. Seumur hidup ia belum pernah menghadapi
situasi seperti ini.
"Tuan aku hanya mau bilang, namaku Afirah. Kebun ini milik ayahku.
Dan rumahku ada di sebelah selatan kebun ini. Jika kau mau silakan
datang ke rumahku. Ayah pasti akan senang dengan kehadiranmu. Dan
sebagai ucapan terima kasih aku mau menghadiahkan ini."
Gadis itu lalu mengulurkan tangannya memberi sapu tangan hijau
muda.
"Tidak usah."
"Terimalah, tidak apa-apa! Kalau tidak Tuan terima, aku tidak akan
memberi jalan!"
Terpaksa Zahid menerima sapu tangan itu. Gadis itu lalu minggir sambil
menutup kembali mukanya dengan cadar. Zahid melangkahkan kedua
kakinya melanjutkan perjalanan.
***
Saat malam datang membentangkan jubah hitamnya, kota Kufah
kembali diterangi sinar rembulan. Angin sejuk dari utara semilir
mengalir. Afirah terpekur di kamarnya. Matanya berkaca-kaca. Hatinya
basah. Pikirannya bingung. Apa yang menimpa dirinya. Sejak kejadian
tadi pagi di kebun kurma hatinya terasa gundah. Wajah bersih Zahid
bagai tak hilang dari pelupuk matanya. Pandangan matanya yang teduh
menunduk membuat hatinya sedemikian terpikat. Pembicaraan orangorang
tentang kesalehan seorang pemuda di tengah kota bernama Zahid
semakin membuat hatinya tertawan. Tadi pagi ia menatap wajahnya dan
mendengarkan tutur suaranya. Ia juga menyaksikan wibawanya. Tibatiba
air matanya mengalir deras. Hatinya merasakan aliran kesejukan dan
kegembiraan yang belum pernah ia rasakan sebelumnya. Dalam hati ia
berkata,
"Inikah cinta? Beginikah rasanya? Terasa hangat mengaliri syaraf. Juga
terasa sejuk di dalam
hati. Ya Rabbi, tak aku pungkiri aku jatuh hati pada hamba-Mu yang
bernama Zahid. Dan inilah untuk pertama kalinya aku terpesona pada
seorang pemuda. Untuk pertama kalinya aku jatuh cinta. Ya Rabbi,
izinkanlah aku mencintainya."
Air matanya terus mengalir membasahi pipinya. Ia teringat sapu tangan
yang ia berikan pada Zahid. Tiba-tiba ia tersenyum,
"Ah sapu tanganku ada padanya. Ia pasti juga mencintaiku. Suatu hari ia
akan datang kemari."
Hatinya berbunga-bunga. Wajah yang tampan bercahaya dan bermata
teduh itu hadir di pelupuk matanya.
***
Sementara itu di dalam masjid Kufah tampak Zahid yang sedang
menangis di sebelah kanan mimbar. Ia menangisi hilangnya kekhusyukan
hatinya dalam shalat. Ia tidak tahu harus berbuat apa. Sejak ia bertemu
dengan Afirah di kebun kurma tadi pagi ia tidak bisa mengendalikan
gelora hatinya. Aura kecantikan Afirah bercokol dan mengakar
sedemikian kuat dalam relung-relung hatinya. Aura itu selalu melintas
dalam shalat, baca Al-Quran dan dalam apa saja yang ia kerjakan. Ia
telah mencoba berulang kali menepis jauh-jauh aura pesona Afirah
dengan melakukan shalat sekhusyu'-khusyu'-nya namun usaha itu siasia.
"Ilahi, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini. Engkau Mahatahu atas apa
yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cinta-Mu. Namun
Engkau juga tahu, hatiku ini tak mampu mengusir pesona kecantikan
seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah
berhadapan dengan daya tarik wajah dan suaranya Ilahi, berilah padaku
cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menetesnetes
dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis
takdir yang paling Engkau ridhai. Aku serahkan hidup matiku untuk-
Mu." Isak Zahid mengharu biru pada Tuhan Sang Pencipta hati, cinta,
dan segala keindahan semesta.
Zahid terus meratap dan mengiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta
terus ia paksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin ia
meratap embun-embun cinta itu semakin deras mengalir. Rasa cintanya
pada Tuhan. Rasa takut akan azab-Nya. Rasa cinta dan rindu-Nya pada
Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan
mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya. Dalam puncak
munajatnya ia pingsan.
Menjelang subuh, ia terbangun. Ia tersentak kaget. Ia belom shalat
tahajjud. Beberapa orang tampak tengah asyik beribadah bercengkerama
dengan Tuhannya. Ia menangis, ia menyesal. Biasanya ia sudah membaca
dua juz dalam shalatnya.
"Ilahi, jangan kau gantikan bidadariku di surga dengan bidadari dunia.
Ilahi, hamba lemah maka berilah kekuatan!"
Ia lalu bangkit, wudhu, dan shalat tahajjud. Di dalam sujudnya ia
berdoa,
"Ilahi, hamba mohon ridha-Mu dan surga. Amin. Ilahi lindungi hamba
dari murkamu dan neraka. Amin. Ilahi, jika boleh hamba titipkan rasa
cinta hamba pada Afirah pada-Mu, hamba terlalu lemah untuk
menanggung-Nya. Amin. Ilahi, hamba memohon ampunan-Mu, rahmat-
Mu, cinta-Mu, dan ridha-Mu. Amin."
***
Pagi hari, usai shalat dhuha Zahid berjalan ke arah pinggir kota.
Tujuannya jelas yaitu melamar Afirah. Hatinya mantap untuk
melamarnya. Di sana ia disambut dengan baik oleh kedua orangtua
Afirah. Mereka sangat senang dengan kunjungan Zahid yang sudah
terkenal ketakwaannya di seantero penjuru kota. Afiah keluar sekejab
untuk membawa minuman lalu kembali ke dalam. Dari balik tirai ia
mendengarkan dengan seksama pembicaraan Zahid dengan ayahnya.
Zahid mengutarakan maksud kedatangannya, yaitu melamar Afirah.
Sang ayah diam sesaat. Ia mengambil nafas panjang. Sementara Afirah
menanti dengan seksama jawaban ayahnya. Keheningan mencekam
sesaat lamanya. Zahid menundukkan kepala ia pasrah dengan jawaban
yang akan diterimanya. Lalu terdengarlah jawaban ayah Afirah,
"Anakku Zahid, kau datang terlambat. Maafkan aku, Afirah sudah
dilamar Abu Yasir untuk putranya Yasir beberapa hari yang lalu, dan
aku telah menerimanya."
Zahid hanya mampu menganggukan kepala. Ia sudah mengerti dengan
baik apa yang didengarnya. Ia tidak bisa menyembunyikan irisan
kepedihan hatinya. Ia mohon diri dengan mata berkaca-kaca. Sementara
Afirah, lebih tragis keadaannya. Jantungnya nyaris pecah mendengarnya.
Kedua kakinya seperti lumpuh seketika. Ia pun pingsan saat itu juga.
***
Zahid kembali ke masjid dengan kesedihan tak terkira. Keimanan dan
ketakwaan Zahid ternyata tidak mampu mengusir rasa cintanya pada
Afirah. Apa yang ia dengar dari ayah Afirah membuat nestapa jiwanya.
Ia pun jatuh sakit. Suhu badannya sangat panas. Berkali-kali ia pingsan.
Ketika keadaannya kritis seorang jamaah membawa dan merawatnya di
rumahnya. Ia sering mengigau. Dari bibirnya terucap kalimat tasbih,
tahlil, istigfhar dan … Afirah.
Kabar tentang derita yang dialami Zahid ini tersebar ke seantero kota
Kufah. Angin pun meniupkan kabar ini ke telinga Afirah. Rasa cinta
Afirah yang tak kalah besarnya membuatnya menulis sebuah surat
pendek,
Kepada Zahid,
Assalamu'alaikum
Aku telah mendengar betapa dalam rasa cintamu padaku. Rasa cinta
itulah yang membuatmu sakit dan menderita saat ini. Aku tahu kau
selalu menyebut diriku dalam mimpi dan sadarmu. Tak bisa kuingkari,
aku pun mengalami hal yang sama. Kaulah cintaku yang pertama. Dan
kuingin kaulah pendamping hidupku selama-lamanya.
Zahid,
Kalau kau mau. Aku tawarkan dua hal padamu untuk mengobati rasa
haus kita berdua. Pertama, aku akan datang ke tempatmu dan kita bisa
memadu cinta. Atau kau datanglah ke kamarku, akan aku tunjukkan
jalan dan waktunya.
Wassalam
Afirah
===========================================
Surat itu ia titipkan pada seorang pembantu setianya yang bisa
dipercaya. Ia berpesan agar surat itu langsung sampai ke tangan Zahid.
Tidak boleh ada orang ketiga yang membacanya. Dan meminta jawaban
Zahid saat itu juga.
Hari itu juga surat Afirah sampai ke tangan Zahid. Dengan hati
berbunga-bunga Zahid menerima surat itu dan membacanya. Setelah
tahu isinya seluruh tubuhnya bergetar hebat. Iamenarik nafas panjang
dan beristighfar sebanyak-banyaknya. Dengan berlinang air mata ia
menulis untuk Afirah :
Kepada Afirah,
Salamullahi'alaiki,
Benar aku sangat mencintaimu. Namun sakit dan deritaku ini tidaklah
semata-mata karena rasa cintaku padamu. Sakitku ini karena aku
menginginkan sebuah cinta suci yang mendatangkan pahala dan diridhai
Allah 'Azza Wa Jalla'. Inilah yang kudamba. Dan aku ingin mendamba
yang sama. Bukan sebuah cinta yang menyeret kepada kenistaan dosa
dan murka-Nya.
Afirah,
Kedua tawaranmu itu tak ada yang kuterima. Aku ingin mengobati
kehausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari surga. Bukan air timah
dari neraka. Afirah,
"Inni akhaafu in 'ashaitu Rabbi adzaaba yaumin 'adhim!" ( Sesungguhnya
aku takut akan siksa hari yang besar jika aku durhaka pada Rabb-ku. Az
Zumar : 13 )
Afirah,
Jika kita terus bertakwa. Allah akan memberikan jalan keluar. Tak ada
yang bisa aku lakukan saat ini kecuali menangis pada-Nya. Tidak mudah
meraih cinta berbuah pahala. Namun aku sangat yakin dengan
firmannya :
"Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik,
dan laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik
(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh
mereka. Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (yaitu surga)."
Karena aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik
maka aku akan berusaha kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allahlah
yang menentukan.
Afirah,
Bersama surat ini aku sertakan sorbanku, semoga bisa jadi pelipur lara
dan rindumu. Hanya kepada Allah kita serahkan hidup dan mati kita.
Wassalam,
Zahid
===========================================
Begitu membaca jawaban Zahid itu Afirah menangis. Ia menangis bukan
karena kecewa tapi menangis karena menemukan sesuatu yang sangat
berharga, yaitu hidayah. Pertemuan dan percintaannya dengan seorang
pemuda saleh bernama Zahid itu telah mengubah jalan hidupnya.
Sejak itu ia menanggalkan semua gaya hidupnya yang glamor. Ia
berpaling dari dunia dan menghadapkan wajahnya sepenuhnya untuk
akhirat. Sorban putih pemberian Zahid ia jadikan sajadah, tempat
dimana ia bersujud, dan menangis di tengah malam memohon ampunan
dan rahmat Allah SWT. Siang ia puasa malam ia habiskan dengan
bermunajat pada Tuhannya. Diatas sajadah putih ia menemukan cinta
yang lebih agung dan lebih indah, yaitu cinta kepada Allah SWT. Hal
yang sama juga dilakukan Zahid di masjid Kufah. Keduanya benar-benar
larut dalam samudera cinta kepada Allah SWT.
Allah Maha Rahman dan Rahim. Beberapa bulan kemudian Zahid
menerima sepucuk surat dari Afirah :
Kepada Zahid,
Assalamu'alaikum,
Segala puji bagi Allah, Dialah Tuhan yang memberi jalan keluar hamba-
Nya yang bertakwa. Hari ini ayahku memutuskan tali pertunanganku
dengan Yasir. Beliau telah terbuka hatinya. Cepatlah kau datang
melamarku. Dan kita laksanakan pernikahan mengikuti sunnah
Rasululullah SAW. Secepatnya.
Wassalam,
Afirah
===========================================
Seketika itu Zahid sujud syukur di mihrab masjid Kufah. Bunga-bunga
cinta bermekaran dalam hatinya. Tiada henti bibirnya mengucapkan
hamdalah.h
 
My personal webhttp://pujakesula.blogspot.com  or  http://endyenblogs.multiply.com/journal 


Monday, September 1, 2008

Lentera Jiwa

Oleh: Andy F. Noya


 Banyak yang bertanya mengapa saya mengundurkan diri sebagai pemimpin
 redaksi Metro TV. Memang sulit bagi saya untuk
 meyakinkan setiap orang yang bertanya bahwa saya keluar bukan karena
 'pecah kongsi' dengan Surya Paloh, bukan karena sedang
 marah atau bukan dalam situasi yang tidak menyenangkan. Mungkin terasa
 aneh pada posisi yang tinggi, dengan 'power' yang luar
 biasa sebagai pimpinan sebuah stasiun televisi berita, tiba-tiba saya
 mengundurkan diri.
 Dalam perjalanan hidup dan karir, dua kali saya mengambil keputusan
 sulit. Pertama, ketika saya tamat STM. Saya tidak
 mengambil peluang beasiswa ke IKIP Padang. Saya lebih memilih untuk
 melanjutkan ke Sekolah Tinggi Publisistik di Jakarta
 walau harus menanggung sendiri beban uang kuliah. Kedua, ya itu tadi,
 ketika saya memutuskan untuk mengundurkan diri dari Metro TV.


    Dalam satu seminar, Rhenald Khasali, penulis buku Change yang saya
 kagumi, sembari bergurau di depan ratusan hadirin mencoba
 menganalisa mengapa saya keluar dari Metro TV. ''Andy ibarat ikan di
 dalam kolam. Ikannya terus membesar sehingga kolamnya
 menjadi kekecilan. Ikan tersebut terpaksa harus mencari kolam yang lebih  besar.''

    Saya tidak tahu apakah pandangan Rhenald benar. Tapi, jujur saja, sejak
 lama saya memang sudah ingin mengundurkan diri dari
 Metro TV. Persisnya ketika saya membaca sebuah buku kecil berjudul Who
 Move My Cheese.Bagi Anda yang belum baca, buku ini
 bercerita tentang dua kurcaci. Mereka hidup dalam sebuah labirin yang
 sarat dengan keju. Kurcaci yang satu selalu berpikiran
 suatu hari kelak keju di tempat mereka tinggal akan habis. Karena itu,
 dia selalu menjaga stamina dan kesadarannya agar jika
 keju di situ habis, dia dalam kondisi siap mencari keju di tempat lain.
 Sebaliknya, kurcaci yang kedua, begitu yakin sampai
 kiamat pun persediaan keju tidak akan pernah habis.

    Singkat cerita, suatu hari keju habis. Kurcaci pertama mengajak
 sahabatnya untuk meninggalkan tempat itu guna mencari keju di
 tempat lain. Sang sahabat menolak. Dia yakin keju itu hanya 'dipindahkan'
 oleh seseorang dan nanti suatu hari pasti akan
 dikembalikan. Karena itu tidak perlu mencari keju di tempat lain. Dia
 sudah merasa nyaman. Maka dia memutuskan menunggu terus
 di tempat itu sampai suatu hari keju yang hilang akan kembali. Apa yang
 terjadi, kurcaci itu menunggu dan menunggu sampai
 kemudian mati kelaparan. Sedangkan kurcaci yang selalu siap tadi sudah
 menemukan labirin lain yang penuh keju. Bahkan jauh
 lebih banyak dibandingkan di tempat lama.

    Pesan moral buku sederhana itu jelas: jangan sekali-kali kita merasa
 nyaman di suatu tempat sehingga lupa mengembangkan diri
 guna menghadapi perubahan dan tantangan yang lebih besar. Mereka yang
 tidak mau berubah, dan merasa sudah nyaman di suatu
 posisi, biasanya akan mati digilas waktu.

    Setelah membaca buku itu, entah mengapa ada dorongan luar biasa yang
 menghentak-hentak di dalam dada. Ada gairah yang luar
 biasa yang mendorong saya untuk keluar dari Metro TV. Keluar dari
 labirin yang selama ini membuat saya sangat nyaman karena
 setiap hari 'keju' itu sudah tersedia di depan mata. Saya juga ingin
 mengikuti 'lentera jiwa' saya. Memilih arah sesuai
 panggilan hati. Saya ingin berdiri sendiri.


    Maka ketika mendengar sebuah lagu berjudul 'Lentera Jiwa' yang
 dinyanyikan Nugie, hati saya melonjak-lonjak. Selain syair dan
 pesan yang ingin disampaikan Nugie dalam lagunya itu sesuai dengan kata
 hati saya, sudah sejak lama saya ingin membagi kerisauan saya kepada 
banyak orang.

 Dalam perjalanan hidup saya, banyak saya jumpai orang-orang yang merasa
 tidak bahagia dengan pekerjaan mereka. Bahkan seorang
 kenalan saya, yang sudah menduduki posisi puncak di suatu perusahaan
 asuransi asing, mengaku tidak bahagia dengan
 pekerjaannya. Uang dan jabatan ternyata tidak membuatnya bahagia. Dia
 merasa 'lentera jiwanya' ada di ajang pertunjukkan
 musik. Tetapi dia takut untuk melompat. Takut untuk memulai dari bawah.
 Dia merasa tidak siap jika kehidupan ekonominya yang
 sudah mapan berantakan. Maka dia menjalani sisa hidupnya dalam dilema
 itu. Dia tidak bahagia.

 Ketika diminta untuk menjadi pembicara di kampus-kampus, saya juga
 menemukan banyak mahasiswa yang tidak happy dengan jurusan
 yang mereka tekuni sekarang. Ada yang mengaku waktu itu belum tahu ingin
 menjadi apa, ada yang jujur bilang ikut-ikutan pacar
 (yang belakangan ternyata putus juga) atau ada yang karena solider pada
 teman. Tetapi yang paling banyak mengaku jurusan yang
 mereka tekuni sekarang -- dan membuat mereka tidak bahagia -- adalah
 karena mengikuti keinginan orangtua.

 Dalam episode Lentera Jiwa (tayang Jumat 29 dan Minggu 31 Agustus 2008),
 kita dapat melihat orang-orang yang berani mengambil
 keputusan besar dalam hidup mereka. Ada Bara Patirajawane, anak diplomat
 dan lulusan Hubungan Internasional, yang pada satu
 titik mengambil keputusan drastis untuk berbelok arah dan menekuni dunia
 masak memasak. Dia memilih menjadi koki. Pekerjaan
 yang sangat dia sukai dan menghantarkannya sebagai salah satu pemandu
 acara masak-memasak di televisi dan kini memiliki
 restoran sendiri. ''Saya sangat bahagia dengan apa yang saya kerjakan
 saat ini,'' ujarnya. Padahal, orangtuanya menghendaki
 Bara mengikuti jejak sang ayah sebagai dpilomat.

 Juga ada Wahyu Aditya yang sangat bahagia dengan pilihan hatinya untuk
 menggeluti bidang animasi. Bidang yang
 menghantarkannya mendapat beasiswa dari British Council. Kini Adit
 bahkan membuka sekolah animasi. Padahal, ayah dan ibunya
 lebih menghendaki anak tercinta mereka mengikuti jejak sang ayah sebagai
 dokter.

 Simak juga bagaimana Gde Prama memutuskan meninggalkan posisi puncak
 sebuah perusahaan jamu dan jabatan komisaris di beberapa
 perusahaan. Konsultan manajemen dan penulis buku ini memilih tinggal di
 Bali dan bekerja untuk dirinya sendiri sebagai public
 speaker.

 Pertanyaan yang paling hakiki adalah apa yang kita cari dalam kehidupan
 yang singkat ini? Semua orang ingin bahagia. Tetapi
 banyak yang tidak tahu bagaimana cara mencapainya.


 Karena itu, beruntunglah mereka yang saat ini bekerja di bidang yang
 dicintainya. Bidang yang membuat mereka begitu
 bersemangat, begitu gembira dalam menikmati hidup. ''Bagi saya, bekerja
 itu seperti rekreasi. Gembira terus. Nggak ada
 capeknya,'' ujar Yon Koeswoyo, salah satu personal Koes Plus, saat
 bertemu saya di kantor majalah Rolling Stone. Dalam
 usianya menjelang 68 tahun, Yon tampak penuh enerji. Dinamis. Tak heran
 jika malam itu, saat pementasan Earthfest2008, Yon
 mampu melantunkan sepuluh lagu tanpa henti. Sungguh luar biasa. ''Semua
 karena saya mencintai pekerjaan saya. Musik adalah
 dunia saya. Cinta saya. Hidup saya,'' katanya.


 Berbahagialah mereka yang menikmati pekerjaannya. Berbahagialah mereka
 yang sudah mencapai taraf bekerja adalah berekreasi.
 Sebab mereka sudah menemukan lentera jiwa mereka.